Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ: Menang dulu bukan kerana Pak Lah
Diterbitkan:  Sep 22, 2013 11:42 AM
Dikemaskini: 3:46 AM

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, walaupun memenangi jawatan itu semasa bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi masih perdana menteri, keadaan itu tidak memberikan apa-apa kelebihan kepadanya.

Jelasnya, ini kerana Abdullah hanya presiden Umno yang akan melepaskan jawatan dalam pemilihan parti 2009.

NONE "Jadi pada saya, tidak ada apa-apa kelebihan pada waktu itu menjadi menantu Pak Lah sebenarnya," katanya menjawab soalan Bernama dan sama ada beliau boleh berdiri atas kaki sendiri dalam pemilihan kali ini.

Khairy Jamaluddin bakal berdepan empat pencabar dalam persaingan merebut jawatan utama sayap itu pada pemilihan parti itu bulan depan.

Turut bersaing merebut jawatan itu: Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan Syed Rosli Syed Harman Jamallulail, Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru, Langkawi Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, bekas ketua Pemuda Umno Merbok Abd Karim Ali dan Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar.

Sementara itu, Khairy juga menjelaskan, setelah diberi kepercayaan selepas zaman sukar menentang Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir pada 2009, kali ini tidak ada apa-apa lagi persepsi tentang perkara itu.

"Saya telah diuji dalam keadaan yang amat sukar sekali dan dalam keadaan semacam itu, Alhamdulillah, perwakilan memberi amanah kepada saya.

"Kalau pada 2009, saya hadapi keadaan yang hostile dan sukar untuk saya, kali ini tidak ada apa-apa lagi persepsi tentang perkara itu," beliau dipetik sebagai berkata.

[Baca transkrip wawancara]

ADS