Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong daripada DAP Goh Leong San hari ini meletakkan jawatan ketua pembangkang negeri.

Ini ekoran kekesalannya terhadap tindakan rakan-rakan dalam parti yang mempersoalkan pujiannya terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron baru-baru ini.

dap melaka chief goh leong san speechWakil rakyat yang dikatakan tidak berpuas hati itu ialah Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Lai Kuen Ban (Kota Laksamana).

Goh mendakwa situasi memaksanya meletakkan jawatan kerana tidak lagi dapat mewakili pembangkang.

ADUN Duyong itu mendakwa, dua wakil rakyat itu - yang beliau tidak menamakannya - berpunca daripada ucapan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berita Harian pada 3 Oktober lalu antaranya melaporkan Goh sebagai berkata, Goh, ADUN Duyong sejak 1995 itu menyifatkan Idris berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik.

Katanya, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi dan pengerusi UMNO Melaka mempunyai misi amat jelas membangunkan rakyat dan negeri itu selaras dengan wawasan Melaka Maju Fasa Kedua.

"Di Dewan yang mulia ini, saya memuji kebijaksanaan dan kematangan Ketua Menteri baru yang dapat menerima pandangan dan cadangan pihak kerajaan atau pembangkang.

"Dengan kefasihan berbahasa Inggeris, Arab dan Jepun, saya penuh yakin Melaka di bawah kepemimpinan Idris akan mencapai wawasannya tercapai," Goh dipetik sebagai berkata.

Ketua whip ikuti langkah

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, ADUN Bachang Lim Jak Wong turut meletakkan jawatan sebagai ketua whip pembangkang sebagai tanda sokongan terhadap langkah Goh.

Lim menjelaskan, beliau juga tidak dapat bekerjasasama dengan ADUN DAP lain.

[Bacaa berita penuh]

ADS