Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, adalah di luar kuasanya untuk menarik balik usul celaan terhadap Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu esok.

chua soi lek vs liow tiong lai mca 181013 frontBercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Chua mengesahkan beliau telah menerima permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung

perkara itu tetapi tidak dapat memenuhinya, dan oleh itu, EGM esok akan berjalan seperti yang dirancang.

Katanya, beliau menerima surat dari pegawai ROS itu pada 17 Oktober yang menasihati parti itu supaya menimbang menarik balik usul terhadap Liow itu dan sebaliknya mencadangkan tindakan tatatertib.

Dalam jawapannya kepada ROS, Chua berkata beliau menjelaskan bahawa EGM itu diadakan mengikut perlembagaan parti dan ahli-ahli mempunyai hak untuk memanggil EGM .

MCA menghadapi tekanan dalaman dan luaran ekoran menjelang pertembungan antara puak-puak dalam parti itu dalam mesyuarat itu esok yang bertujuan mencela Liow dan dan membuka semula pintu parti itu kepada jawatan dalam kabinet selepas kalah teruk dalam PRU13.

Sementara itu, dalam sidang akhbar yang lain, Liow berkata, Chua dan 20 lagi anggota jawatankuasa pusat hendaklah dipersalahkan sekiranya ROS mengambil tindakan terhadap MCA kerana tidak menerima nasihat pendaftar pertubuhan itu.

Liow menegur Chua dan mereka yang menuntut EGM itu diadakan kerana menyebabkan MCA berdepan dengan risiko kerana EGM itu mungkin tidak sah.

"Ini adalah perkara yang sangat serius yang melibatkan isu kesahihannya," kata Liow kepada wartawan di Wisma MCA hari ini.

Menyifatkan surat ROS sebagai mengejutkan, Liow menafikan bahawa penyokongnya yang membuat aduan kepada ROS.

[Baca berita Penuh]

ADS