Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pro-M 'tawan' UKM kali ketiga berturut-turut, tewas di USM

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) berjaya mempertahankan kemenangan mereka buat tiga kali berturut-turut sejak 2011, dalam pilihan raya kampus tahun ini.

Kumpulan yang mewakili pro-Mahasiswa (pro-M) kampus perdana itu menang 22 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan - tujuh kerusi umum dan 15 kerusi fakulti.

NONEBagaimanapun pro-M di Universiti Sains Malaysia pula tewas apabila menang sembilan kerusi daripada daripada 25 kerusi yang dipertandingkan di kampus induk itu.

Dengan kemenangan itu, GMUKM menambah tiga buah kerusi berbanding 19 buah kerusi pada sesi lalu iaitu pertambahan satu kerusi umum dan dua kerusi fakulti.

Sementara kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) UKM pula, hanya memenangi empat kerusi - dua kerusi umum dan dua fakulti. Ini bermakna mereka gagal mempertahankan empat kerusi yang dimenangi pada sesi lalu.

Calon Bebas pula menang satu kerusi. Semua 27 kerusi itu merangkumi sembilan umum dan 18 fakulti.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Jurucakap GMUKM Azim Fitri Zainal Abidin berkata dengan kemenangan besar kali ini, pihaknya mahu terus menerajui mahasiswa di universiti tersebut.

Agenda kebajikan, intelektual 

"(Daripada) 22 calon yang menang itu ada antaranya merupakan tokoh besar di sini. Mereka membawa agenda-agenda antaranya agenda kebajikan dan intelektual.

"Ada juga calon tahun lepas yang bertanding kali ini (juga) menang. Dengan pengalaman yang mereka ada tahun lepas dan muka baru, kita harap dapat terus menerajui UKM," katanya.

NONEDalam pilihan raya di Universiti Sains Malaysia (USM) pula , kumpulan pro-Aspirasi di kampus itu menang dengan memperolehi 16 kerusi di kampus induk - empat kawasan umum dan 12 pusat pengajian.

Bagaimanapun, pro-M berjaya menambah enam kerusi dalam pilihan raya kampus kali ini berbanding tahun lalu yang hanya mendapat tiga kerusi pusat pengajian sahaja.

NONEMenurut Jurucakap pro-M USM, Wan Mohd Hafsham Wan Deraman, beliau berkata pertambahan kerusi dalam pemilihan kali ini menunjukkan bahawa kumpulan mereka semakin diterima pelajar.

Beliau juga berpendapat pertambahan kerusi mereka itu juga disebabkan pengaruh politik semasa.

"Mungkin pengaruh politik ada. Mungkin sebab dah habis pilihan raya umum dan bahang tu masih terasa menyebabkan kita bertambah jumlah kerusi," katanya.

ADS