Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan mahu jawatan k'jaan untuk MP tunggalnya

Gerakan - di akhir persidangan perwakilan kebangsaannya  pada hujung minggu ini - telah mengesyorkan supaya ahli Parlimen tunggal parti itu, Liang Teck Meng (bawah, kiri) dilantik memegang jawatan dalam kerajaan.

NONE Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn memberitahu sidang

akhbar tengah hari ini bahawa kenyataan sebaliknya yang dibuat oleh bekas presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebelum ini, adalah satu salah faham.

Menurut Chang, apa yang dikatakan oleh Dr Koh selepas pilihan raya umum ke-13 ialah parti itu hanya menang satu kerusi Parlimen, jadi beliau (Dr Koh) bertanya bagaimana ia hendak minta jawatan kabinet.

Sebaliknya, kata beliau, MCA telah membuat keputusan dalam mesyuarat agung tahunannya untuk tidak menerima pelantikan kabinet dan jawatan kerajaan yang lain jika ia kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13.

Keputusan MCA untuk menolak jawatan kerajaan telah ditukar dalam mesyuarat agung luar biasanya (EGM) pada minggu lepas, tetapi ia gagal mengubah resolusi untuk menolak jawatan kabinet.

"Gerakan tidak tidak mempunyai pendirian itu, tetapi kenyataan Dr Koh pada 6 Mei telah disalah faham. Tidak ada keputusan yang dibuat oleh EGM, AGM atau jawatankuasa pusat Gerakan untuk mengatakan bahawa kita tidak akan menerima apa-apa jawatan . Itu adalah salah," kata Chang.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan jawatan yang parti itu mahu, atau sama ada ia jawatan dalam kabinet.

Sebaliknya, beliau berkata, parti itu akan menyerahkan kepada budi bicara perdana menteri.

Liang merupakan MP Simpang Renggam bagi penggal kedua selepas memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,706 undi, dengan menewaskan calon PAS, Suhaizan Kaiat .

[Baca berita penuh]

ADS