Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu korban: NGO Perinnbam pertahan pandangan PERKASA

NGO Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) mempertahankan pandangan NGO pendesak Melayu PERKASA sebelum ini berhubung isu sembelihan korban di sekolah.

Ibrahim Ali DiwaliPresiden Perinnbam U Thamotharan berkata tidak salah jika orang Melayu mahu melakukan 'korban' di sekolah, malah dalam kes lalu, guru besar telah membincangkan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kakitangan sekolah.

Bercakap kepada media di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran bersama pihaknya dan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC), Thamotharam berharap isu tersebut tidak perlu dipolitikkan.

Menurutnya lagi, ekoran pihak sekolah mengambil tindakan berjaga-jaga maka isu sembelihan korban oleh orang Islam di sekolah kebangsaan tidak timbul.

[Baca berita penuh]

ADS