Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jawatankuasa pusat Pemuda MCA hari ini sebulat suara mencadangkan Ketuanya, Datuk Wee Ka Siong dan Timbalannya, Datuk Mah Hang Soon untuk masing-masing bertanding jawatan timbalan dan naib presiden dalam pemilihan parti itu.

"Jawatankuasa pusat sebulat suara mencadangkan Mah dan saya untuk bertanding jawatan tersebut kerana ia merasakan MCA perlu darah muda," kata Wee selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut.

Wee berkata beliau akan mempertimbangkan secara serius cadangan tersebut, dan jawapannya akan diketahui pada hari penamaan calon (16 Disember).

Jika Wee menerima cadangan itu, ia akan dilihat bahawa beliau bekerjasama dengan rakan seperjuangannya yang juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang bertanding jawatan presiden.

[Baca berita penuh]

ADS