Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong hari ini mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti bulan depan.

NONE Dengan pengumuman hari ini, Wee secara rasmi bekerjasama dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang telah mengumumkan pencalonannya untuk jawatan presiden.

Wee mengumumkan demikian dalam satu sidang media yang turut dihadiri lebih 100 ahli jawatankuasa pusat dan pemimpin akar umbi.

Wee juga berharap pemilihan parti pada bulan depan akan menyaksikan pertandingan persahabatan antara para calon, dan bukan pertempuran antara puak, kerana menurutnya, parti itu tidak mampu berdepan dengan perbalahan lagi.

Namun begitu, Wee hari ini mengakui bahawa beliau sendiri adalah sebahagian daripada kumpulan Liow, walaupun sebelum ini menafikan memihak kepada mana-mana puak.

"Saya adalah sebahagian daripada pasukan Liow, kerana beliau adalah satu-satunya yang secara terbuka merestui saya (selepas pergerakan Pemuda mencalonkan Wee bertanding jawatan tersebut)," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS