Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini memberi jaminan akan mengotakan janjinya untuk tidak campur tangan dalam pemilihan parti hujung bulan ini.

Janji beliau itu dibuat pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya umum ke-13 lalu. Ia ekoran menyatakan tanggungjawabnya terhadap kegagalan MCA memperbaiki prestasi dalam pilihan raya.

NONE Beliau bagaimanapun berkata mendapat tekanan daripada penyokongnya yang percaya pertembungan empat penjuru untuk jawatan nombor satu MCA akan menyebelahinya.

Chua ( kiri ) bagaimanapun berkata, beliau harus mengotakan janji untuk menjadi pemimpin bermaruah yang tahu merebut peluang untuk naik lebih tinggi dan bijak berundur pada masa yang sesuai.

"Saya mahu bersara dengan integriti dan berwibawa. Kalau menang pun dalam pemilihan parti, saya tetap akan hilang kewibawaan dan integriti dan akhirnya ia akan menjadi kejayaan tidak bermakna.

"Sebagai orang yang berpegang teguh pada kata-kata, saya mahu bersara dengan bermaruah," katanya.

Setakat ini, pertembungan untuk jawatan presiden MCA menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Liow Tiong Lai, Gan Ping Sieu dan Ong Tee Keat.

[Baca berita penuh]

ADS