Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tawaran penyatuan sektor air bernilai RM9.65 bilion oleh syarikat pelaburan Selangor Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) menemui jalan buntu apabila dua pemain utama, Puncak Niaga Holdings Bhd dan Gamuda Bhd, menolak tawaran yang dibuat.

Ini sekali gus mengesahkan laporan Kinibiz awal bulan ini bahawa usaha penyatuan air berdepan dengan halangan yang tidak terduga.

NONE Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia semalam, Puncak Niaga, yang mempunyai dua konsesi - Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) - menyatakan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi.

Puncak Niaga mempunyai pegangan penuh dalam PNSB, sebuah syarikat rawatan air dan 70 peratus dalam SYABAS, yang mempunyai mandat menyalurkan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Puncak Niaga berkata, lembaganya melahirkan kebimbangan besar terhadap syarat-syarat indikatif tawaran itu dan maklum balas kepada pertanyaan yang diajukan mereka, daripada KDEB dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

[Baca berita penuh]

ADS