Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Telefon berdering. Sahih, di gagang telefon aku terdengar suara lelaki yang bukan dari kota London. Aku menjawab dalam bahasa Inggeris. Kemudian lelaki ini beralih ke bahasa Melayu.

Kemudian beralih lagi ke loghat Negeri Sembilan. Lelaki ini meminta aku tolong carikan adiknya.

Ketika panggilan itu sampai, aku adalah warga kota London yang tinggal di wilayah Brixton. Panggilan telefon ini datang pada tahun 1991.

Ketika itu aku masih lagi anak mahasiswa yang belum selesai mengikuti kuliah filem. Lalu aku meminta masa satu minggu dalam usaha mencari adik sang abang. Sebenarnya adik yang dicari bukan nama yang asing dalam radar otak aku.

Siti Aishah Abdul Wahab Dari hari pertama, malah sebelum aku menjejak kaki ke Universiti Malaya (UM) pada Mei 1971, aku telah berniat untuk menjadi anggota Kelab Sosialis. Setelah minggu orientasi selesai aku mendaftar sebagai anggota kelab.

Ketika aku mendaftar, aku masih di bawah umur dan masih dalam dunia romantik. Ertinya kitab-kitab kiri masih belum banyak yang aku layari.

Ketika itu aku bertukang masih belum berupaya menggunakan perkakas Marxis. Hujah aku masih kelam dan kabut. Hujah yang aku dirikan tidak teratur dan tidak tuntas. Rumah yang ingin aku bina bocor di sana ini.

Tetapi melalui pembacaan, mendengar ceramah politik dan melalui perbincangan maka pencerahan sampai. Aku mula mengenal Marxisme sebagai alat bertukang untuk memahami masyarakat dan mendirikan hujah yang tuntas.

Wajib juga aku terangkan bahawa ketika aku menjejak kaki ke Lembah Pantai suasana dunia sedang berubah. Tragedi Mei 13 telah berlangsung. Perang Vietnam sedang bergelora. Paris 68 baru selesai.

Di Amerika, Malcolm X telah dibunuh. Revolusi Kebudayaan di Tiongkok sedang membara. John Lennon, Mick Jagger dan Mao sedang menggoncang dunia anak muda. Parti Komunis Malaya sedang mara ke Selatan.

[Baca artikel penuh] 

ADS