Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menangkis dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pemilihan parti tersebut dan meminta beliau agar bersara.

“Saya beritahu perdana menteri bahawa MCA bukan MIC,” katanya ketika diminta menjelaskan dakwaan berhubung kegiatan Najib dan Umno di balik tabir pemilihan parti MCA.

NONE"MCA ialah parti berasaskan Cina, MIC adalah parti berasaskan India,” katanya lagi ketika diminta menjelaskan maksud kenyatannya itu.

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada pemilihan parti MIC, di mana dua jawatan tertinggi parti tersebut diterima tanpa pertandingan ekoran tekanan dari luar.

Chua menolak dakwaan bahawa persaraannya adalah kesan dari tekanan Najib dan Umno, seperti yang didakwa oleh veteran MCA Tan Sri Lim Ah Lek.

Lim sebelum ini mendakwa, perdana menteri itu mahu bari pemimpin baru untuk mengetuai parti tersebt.

"Saya telah bertemu PM, (Najib) menafikan bahawa beliau memberitahu Lim yang saya tidak harus mempertahankan jawatan,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS