Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sistem pendidikan negara perlu dibaik pulih dengan segera memandangkan ia kini tidak lagi menghasilkan lulusan dengan kemahiran yang secocok dengan keperluan industri.

NONE"Berkenaan pendidikan, kita perlukan baik pulih keseluruhan.

"Di luar sana, orang ramai tidak boleh bersabar lagi dan kita perlu lakukan ini dengan segera atau kita tak akan mampu mencapai matlamat kita," katanya.

Katanya, baik pulih itu perlu dilakukan segera sebelum pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Jelasnya, pelan pembangunan itu akan mengambil sedikit masa untuk menghasilkan keputusan yang ingin dicapai daripada pelaksanaannya.

"Tetapi kita perlu merapatkan jurang ini (antara industri dan pendidikan).

"Dalam jangka masa panjang kita perlu reformasi pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu bercakap pada forum sempena ulang tahun ketiga Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Putrajaya hari ini.

Senada dengan Mustapa adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) yang menguruskan ETP.

Menurutnya, pendidikan adalah penting untuk merubah nasib sesuatu bangsa dan ia satu-satunya penyelesaian jangka masa panjang untuk keluar daripada kancah kemiskinan.

Turut hadir dalam forum itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

ADS