Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Memandangkan kerajaan negeri masih belum mengeluarkan sebarang pemberitahuan untuk mewartakan tapak lama sekolah rendah Tamil Seaport, maka Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan meneruskan rancangan untuk mengambil balik tanah tersebut.

Dan jika ibubapa enggan memindahkan 27 murid yang masih menduduki

premis itu, maka PKNS mungkin menimbang tindakan undang-undang untuk memaksa mereka berbuat demikian, kata Pengurus Komunikasi Korporat, Ishak Hashim.

 

Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk cuba memujuk ibubapa supaya menghantar anak-anak mereka ke sekolah baru yang terletak di Kampung Lindungan, kira-kira 4km dari situ, katanya.

 

Ia akan bermesyuarat pada 28 Januari ini untuk membincangkan bagaimana untuk menangani ibubapa terbabit dan mengenai pembangunan masa depan tapak tersebut.

"Kita mungkin bertemu dengan mereka untuk memahami mengapa mereka tidak mahu berpindah (ke sekolah baru). Kami akan menjelaskan bahawa mereka perlu berpindah (keluar), kerana tanah itu milik PKNS," katanya ketika dihubungi.

 

"Tetapi jika mereka masih tidak bersedia berbuat demikian, maka jawatankuasa itu tidak mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.

 

Ishak berkata PKNS akan mematuhi sebarang keputusan yang dibuat

 

oleh kerajaan negeri untuk mewartakan tapak tersebut untuk kegunaan pendidikan, sekira arahan seperti itu dikeluarkan.

 

Jabatan Pelajaran negeri telah mengarahkan murid-murid berpindah ke sekolah baru.

Ishak menjelaskan bahawa sekolah Seaport itu memang merupakan "sekolah sementara" sementara menunggu menunggu bangunannya di Kampung Lindungan siap dibina.

 

PKNS, katanya, telah mengadakan siri dialog dengan ibubapa dua hingga tiga tahun yang lalu sebelum pembinaan bermula.

Oleh itu, beliau menolak dakwaan bahawa mereka tidak diberitahu mengenai rancangan itu.

Beberapa kali usaha untuk menghubungi Ahli Exco Negeri, Dr Halimah Ali bagi mendapat komen mengenainya, masih belum berhasil.

[Baca berita penuh]

ADS