Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Hukum wakil rakyat yang letak jawatan'
Diterbitkan:  Jan 31, 2014 10:32 AM
Dikemaskini: 2:42 AM

Perundangan diperlukan untuk menghukum atau mendenda wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa asas yang kukuh, kata Institut Pengajian Kepimpinan dan Pembangunan (LEAD).

Pengarahnya, Amin Ahmad berkata, sejak pilihan raya umum ke-12

(PRU12), sejumlah 16 pilihan raya kecil (PRK) telah diadakan dan kini selepas PRU13, negara berdepan dengan PRK ketiga.

"Sebahagian sebab-sebab ini tidak boleh dielakkan, tetapi LEAD berpendapat wujud keperluan untuk undang-undang berkaitan disemak dan ditambahbaik," kata Amin dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, LEAD menyarankan denda atau hukuman bagi peletakan jawatan tanpa asas kukuh seperti berikut:

- Bekas ahli dewan dan parti yang diwakilinya perlu menanggung sebahagian kos pelaksanaan pilihan raya kecil. Formula yang sesuai perlu ditentukan, misalnya, baki tempoh jawatan yang masih sah.

- Sekiranya bekas ahli bekas ahli dewan gagal membayar denda yang dikenakan, maka beliau wajar didakwa pecah amanah, dibicara dengan risiko dikenakan hukuman penjara selama tempoh tertentu dan denda pada kadar yang munasabah di samping tidak dibenarkan bertanding selama 10 tahun.

- Sekiranya parti politik yang diwakili bekas ahli dewan gagal membayar denda yang dikenaa, maka parti tersebutf mesti digantung daripada bertanding di kawasan khusus itu untuk tempoh lima tahun, bermula dari tarikh kekosongan.

- Bagi seseorang ahli dewan yang bertukar parti selepas dipilih, atau mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas, satu pilihan raya kecil baru perlu diadakan di mana mereka dibenarkan bertanding. Individu berkenaan dan parti barunya, secara bersama perlu menanggung sepenuhnya kos bagi pelaksanaan pilihan raya ecil.

- Jika mereka gagal berbuat demikian, peruntukan kegagalan membayar denda seperti di atas, perlu dikenakan.

ADS