Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemuda PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dibersihkan daripada dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terlebih dahulu sebelum dilantik Tuan Yang Terutama (TYT).

Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat yang mengetuai rombongan sayap parti itu menyerahkan memorandum itu kepada Penolong Ketua Pentadbiran Istana Negara Zainul Din Mohd Nor di Istana Negara pagi ini.

Sembilan daripada 12 muka surat memorandum itu menyebut berhubung dakwaan tersebut melibatkan Taib, yang dilaporkan oleh media dan pelbagai NGO secara meluas.

"Berdasarkan lampiran yang dipersembahkan, patik memohon limpah kurnia Ke Bawah Duli Tuanku untuk memperkenankan permohonan agar mempertimbangkan untuk tidak melantik Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri sarawak sehingga beliau dibersihkan dari segala tuduhan rasuah dan salah guna kuasa seperti yang telah patik kemukakan," memorandum yang ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Pemuda PAS Anak Sarawak Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, dipetik.

[Baca berita penuh]

ADS