Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Alternatif PERKASA: Front Perpaduan Nasional
Diterbitkan:  Feb 18, 2014 3:20 PM
Dikemaskini: 7:25 AM

PERKASA hari ini menolak kenyataan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (MPPN) yang dianggapnya tidak layak menegur Putrajaya dalam isu berkaitan keharmonian kaum.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali ( bawah ) berkata, ini kerana majlis itu bersifat partisan daripada awal dan malah tidak membantu ke arah meredakan ketegangan puak dan agama.

“Jika MPPN berminat untuk bercakap mengenai perpaduan, komposisi ahli-ahli MPPN kena berubah dan ditukar dahulu,” kata Ibrahim.

Menurutnya lagi, anggota sedia ada MPPN tidak mewakili pelbagai lapisan masyarakat dan melibatkan individu yang antinasional dan terlibat dengan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango), justeru menjadikan MPPN tidak berkecuali.

MPPN semalam menggesa kerajaan bertindak segera terhadap pihak yang mengancam keharmonian negara dan mempromosikan perpaduan nasional secara aktif.

Badan itu akan memulakan jelajah “Dialog Perpaduan” ke seluruh negara antara 22 Februari-30 Mac bagi menggubal pelan tindakan perpaduan negara untuk melengkapkan rancangan rekonsilasi kerajaan.

Dalam kenyataan hari ini, PERKASA turut membidas sikap prejudus majlis itu kepada kumpulan tertentu yang menurutnya “mempertahan asas perlembagaan negara dan kedaulatan institusi raja”.

“Agenda pertamanya sepatutnya program promosi sekolah satu aliran. Jika MPPN tidak mahu bercakap mengenainya, eloklah tak payah bercakap langsung hal perpaduan,” kata Ibrahim.

Ibrahim juga mencadangkan NGO Melayu turut bergabung bagi mewujudkan “perpaduan yang sebenar” secara agresif, dengan nama Front Perpaduan Nasional.

“Mana-mana NGO yang mahu terlibat mesti tanda tangan deklarasi mempertahan perlembagaan negara dan Rukun Negara,” katanya lagi.

ADS