Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR berkata, hanya 17 peratus pengundi Kajang marah kerana pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan susulan peletakan jawatan wakil rakyatnya Lee Chin Cheh.

Dalam sidang medianya hari ini, pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, dapatan itu diperoleh hasil kaji selidik yang diadakan minggu lalu melibatkan 361 responden - kesemuanya pengundi di DUN itu.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, majoriti daripada 17 peratus pengundi yang tidak bersetuju dengan 'langkah Kajang' itu adalah penyokong BN.

Langkah Kajang diusahakan untuk membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengaruhi arena politik Selangor, termasuk menjadi menteri besar, sekalipun ia belum disahkan.

Rafizi menjelaskan di sebalik 17 peratus responden marah, sebanyak 26 peratus menyokong langkah itu, 21 peratus ingin tahu; 26 peratus tidak kisah dan 10 peratus lagi tidak tahu.

[Baca berita penuh]

ADS