Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib yang diperintah oleh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tahun lepas untuk membayar lebih RM900,000 bagi penjagaan anaknya, mendakwa jumlah itu terlalu besar.

Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan melibatkan tuduhan menghina mahkamah yang dibuat bekas isterinya, Shahnaz A Majid, Bekir turut menafikan beliau mengabaikan anak lelakinya yang berusia 21 tahun.

"Saya beri wang saku dan belikan baju baru serta kereta Mitsubishi untuknya di London," katanya.

"Saya tidak boleh patuh kepada perintah ex-parte (sebelah pihak) untuk membayar RM900,000 kerana jumlah itu terlalu banyak memandangkan saya juga ada seorang lagi isteri dan empat orang anak," katanya.

Anak kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud itu juga memberitahu mahkamah yang beliau tidak membayar wang itu terus kepada Shahnaz kerana bimbang ia tidak akan sampai kepada anak lelakinya.

Mahmud berkata demikian sewaktu ditanya kenapa beliau tidak patuh kepada perintah hakim Syariah yang dibuat pada Februari tahun lalu.

[Baca berita penuh]

ADS