Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sistem pendidikan yang dipolitikkan adalah antara punca perpechan kaum yang semakin ketara hari ini, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Justeru, menurut Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, sudah tiba masanya bagi sistem pendidikan di negara ini didemokrasikan.

Dalam wawancara eksklusif bersama Kinitv , Lim berkata pendemokrasian itu bagi memastikan pelajar mendapat faedah pendidikan yang mampu membekalkan mereka dengan pengetahuan terutamanya dari segi berinteraksi secara sosial.

“Saya rasa masalahnya ialah pendidikan kita telah dipolitikkan, kalau tidak, masalah perpecahan (kaum) tidak akan timbul dan perpaduan tidak akan dicabar,” katanya.

Beliau berkata dengan pendemokrasian pendidikan, masalah perpecahan antara kaum tidak akan berlaku kerana pelajar-pelajar diberikan peluang untuk menerima faedah daripada sistem pendidikan negara.

Katanya, sekiranya kerajaan menitik beratkan sistem pendidikan, beliau percaya semua kaum di negara ini akan lebih bersatu.

“Masalahnya ialah kalau sistem pendidikan nak mengasing-asingkan rakyat, nak pecah belahkan rakyat, ini akan berlaku... pengasingan.

“Tapi kalau sistem pendidikan kita menitik beratkan, pentingnya ada perpaduan. Unity in diversity, saya rasa kita tetap akan lebih bersatu, saya rasa janganlah persalahkan bahasa ibunda dan sebagainya,” katanya lagi.

Laporan penuh wawancara itu boleh diikuti di laman Kinitv .

ADS