Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ISMA mahu dunia iktiraf M'sia hak Melayu
Diterbitkan:  Feb 27, 2014 2:59 PM
Dikemaskini: Feb 28, 2014 7:30 AM

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kini mahu pengiktirafan dunia bahawa Malaysia warisan dan hak orang-orang Melayu sejarah pendudukannya di negara ini.

NGO itu mahu pengiktirafan seperti benua China diiktiraf warisan Cina, India untuk orang India dan England untuk orang Inggeris.

“Oleh itu, kita mahu orang Cina, India atau sesiapapun tidak lagi mempersoalkan kedudukan Melayu,” kata Naib Presiden II ISMA Abdul Rahman Mt Dali.

“Kita juga mahu seluruh dunia mengiktiraf bumi Malaysia ini yang sebelumnya dikenali Malaya dan sebelumnya lagi dipanggil Tanah Melayu sebagai warisan Melayu dan hak Melayu.”

Dalam kenyataannya hari ini, Rahman berkata, tuntutan itu wajar berdasarkan kajian beberapa bulan lalu yang mendapati genetik Melayu berusia antara 60,000 hingga 70,000 tahun lalu berbanding Cina (40,000-45,000).

Katanya, Benua Sunda yang berpusat di bumi Melayu disebut “the Cradle of Human Civilazation” yang membiakkan kaum etnik lain.

“Maka sah, bumi ini asalnya adalah bumi orang Melayu,” katanya.

Beliau juga membangkitkan tamadun awal Melayu Kedah Tua yang berusia seawal abad kedua sebelum masihi, berdasarkan penemuan pasukan arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurt Rahman lagi, Melayu merupakan identiti negara ini dan agama anutan terakhir orang Melayu di bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya adalah Islam.

ADS