Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak tuntutan saman fitnah Majlis Perbandaran Kemaman terhadap PAS selepas pihak berkuasa itu gagal membuktikan elemen yang diperlukan dalam saman fitnah bagi artikel bertajuk "Fakta Zoo Bukit Takal".

Hakim Rosilah Yop memutuskan MPK gagal membuktikan bahawa PAS (defendan) menerbitkan serta mengedarkan artikel tersebut.

Sehubungan itu, beliau memerintah Majlis Perbandaran Kemaman untuk membayar kos sebanyak RM30 ribu terhadap parti Islam itu.

Dilaporkan MPK memperolehi perintah penghakiman ingkar pada 20 Mei 2013 terhadap PAS dalam saman mereka berjumlah RM5juta selepas parti Islam itu gagal hadir ke prosiding mahkamah.

Bagaimanapun, PAS berjaya mengetepikan perintah itu pada bulan Julai.

MPK memfaikan saman pada 22 Mac tahun lalu terhadap PAS yang didakwa mengedarkan pamplet mengandungi kesalahan dan kata-kata fitnah tentang Zoo Bukit Takal.

PAS diwakili peguam Noorazmir Zakaria yang juga pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS.

[Baca berita penuh]

ADS