Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pusat khidmat MP Bukit Bendera Zairil Khir Johari di Pulau Tikus, Pulau Pinang dikepung polis malam tadi, selepas sebuah beg mencurigakan ditemui di sebuah padang berdekatan dengannya.

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Chris Lee Chun Kit berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu pada jam 8 malam tadi oleh ADUN Pulau Tikus Yap Soo Huey, yang menerima emel daripada orang yang tidak dikenali memaklumkan mengenai beg itu.

"Saya segera pergi ke kawasan tersebut dan mendapati beg beroda berwarna kuning berada di atas padang di depan pusat khidmat Zairil ini," kata Chris ketika dihubungi pada Malaysiakini .

"Saya rasa ia mungkin tiada apa-apa tetapi berasa aneh seseorang akan meninggalkan beg itu seperti itu. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, saya menghubungi polis," katanya.

Chris berkata beberapa pegawai polis dari balai polis berdekatan Pulau Tikus datang dengan segera untuk menyiasat.

Tambahnya, polis memutuskan untuk memanggil skuad bom sekiranya beg itu mengandungi bahan letupan.

[Baca berita penuh]

ADS