Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata sabitan terhadapnya hari ini adalah untuk memastikan beliau tidak boleh bertanding di Kajang.

Katanya, yang cukup menariknya ialah pendakwa yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah membuat rujukan khas kepada Kajang dalam mitigasi.

"Peguam saya telah diminta mengosongkan tarikh 7-10 April, dan tarikh-tarikh ini telah dibawa ke hadapan kerana ini (Kajang)," katanya.

"Karpal mempunyai perbicaraan kes bunuh pada hari Khamis dan dia telah diminta mengosongkan tarikh itu untuk perbicaraan ini," katanya.

Ditanya apa yang akan berlaku kepada Kajang tanpanya, ahli politik yang berusia 66 tahun itu berkata, kawasan pilihan raya itu akan menjadi lebih kuat.

Sambil ketawa Anwar berkata beliau yakin partinya akan menjadi lebih kukuh lagi kerana "bos mereka dalam kepayahan".

"Saya secara peribadi akan ke sana dan berkempen bagi memastikan kemenangan," katanya.

[Baca berita Penuh]

ADS