Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar & Co tak akan hadiri minum petang diraja, elak PM, CJ

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan hasratnya serta ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk tidak hadir majlis minum petang diraja selepas pembukaan Parlimen pada Isnin depan.

Jelas Anwar, ia dibuat sebagai satu cara untuk merakamkan protes Pakatan Rakyat terhadap keputusan mahkamah semalam yang dilihat mempunyai campur tangan perdana menteri dan ketua hakim negara.

"Saya tidak akan terima ketua hakim yang hadir sama. Saya tak akan terima perdana menteri yang hadir sama.

"Buat apa hendak hormat ketua hakim yang tak hormat undang-undang yang menjadi perkakas pihak berkuasa.

"Buat apa senyum hipokrit dengan orang-orang yang zalim dan rakus," tegas Anwar dalam ucapan penggulungannya di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Pada 11 Mac pula, MP Pakatan akan terus memboikot sidang Parlimen, kata Anwar.

Mereka sebaliknya akan ke mahkamah bagi menunjukkan setia kawan kepada MP Gelugor, Karpal Singh yang akan dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah memberi kenyataan berbaur hasutan berhubung krisis Perlembagaan di Perak pada tahun 2008, atau hadir ke proses penamaan

calon pilihan raya kecil Kajang.

Beliau sebelum itu turut merakamkan keprihatinannya terhadap berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan pagi ini.

"Kita jarang dapat berita yang begitu mencemaskan dan kita tentunya bersama-sama keluarga (penumpang) di Malaysia dan yang lain dan kita turut prihatin," kata Anwar.

ADS