Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Media antarabangsa buli KP DCA, kata Shahidan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menolak dakwaan bahawa Malaysia gagal menguruskan insiden kehilangan pesawat MH370.

Sebaliknya kata beliau, kelemahan paling ketara cuma terletak pada pengurusan media sahaja.

Sebagai contoh katanya, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman "dibuli media antarabangsa".

"Dari segi liputan media kita buat OK. Paling penting operasi kita buat 24 jam jalan terus.

"Dia (Azharuddin) kena buli sekarang ini kerana soalan tambahan yang saya rasa tak perlu dijawab.

"Sesetengah pemberita pun tanya mengarut. Tengok pemberita luar negara tanya benda yang tiada hubungan dengan benda (kehilangan MH370) itu," kata Shahidan kepada pemberita di lobi Parlimen tengah hari ini.

Sebelum itu, satu usul di Dewan Rakyat untuk membincangkan kehilangan pesawat MH370 kendalian MAS ditolak Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, pagi ini.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang memfailkan usul itu menyuarakan bantahannya terhadap penolakan usul itu selepas selesai sesi soal jawab pagi ini.

"Tuan Yang Dipertua menolak usul ini atas alasan siasatan terperinci ke atas insiden itu sedang dilakukan.

"Tetapi ia penting untuk parlimen ini merakamkan kekesalan rakyat Malaysia atas insiden ini kepada keluarga penumpang MH370," kata Mahfuz yang menerima respons bertulis penolakan usul itu.

ADS