Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria mempertahankan badan kehakiman sebagai bebas dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam keputusan Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan persidangan hakim-hakim Malaysia ke-48 di Pulau Pinang hari ini.

“Saya akan sentiasa pastikannya bebas. Ia ikrar saya. Setakat ini saya tidak fikir ia tidak dilanggar,” tegasnya.

Arifin menjawab soalan berhubung langkah Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah dalam perbicaraan Liwat II Jumaat lepas, selepas persoalan berhubung integriti bukti dibincangkan di mahkamah.

Prosiding dua hari itu menyaksikan Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu membebaskan Anwar dari tuduhan itu.

Anwar, ketua pembangkang dan ketua umum PKR, dijatuhkan hukuman penjara lima tahu, yang belum dikuat kuasa sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

[Baca berita penuh]

ADS