Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penduduk Pulau Pinang hari ini beramai-ramai tampil dalam acara melipat origami berbentuk burung dan berdoa sebagai tanda kebersamaan dengan keluarga penumpang dan anak kapal MH379.

Ratusan origami berwarna-warni disusun di depan bangunan Whiteaways dalam acara pagi ini yang dianjurkan kumpulan yang dinamakan Occupy Beach Street.

Ia turut menggamit penyertaan pelancong dan anggota politik.

Pesawat MH370 terbang dari Kuala Lumpur pada 128 Mac, jam 12.40 pagi. Ia sepatutnya sampai di Beijing pada 6.30 pagi tetapi hilang secara misteri daripada radar awam pada jam 1.21 pagi.

“Ketika pencarian pesawat diteruskan, kami mahu berikan orang awam tempat untuk meluahkan perasaan dan menyatakan kebersamaan dengan penumpang dan keluarga mereka,” kata Jack Wong, jurucakap projek Occupy Beach Street.

“Pada masa yang sama, kami juga ajar seni melipat kertas, yang menjaid simbol keamanan di seluruh dunia,” tambahnya.

[Baca berita penuh]

ADS