Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Wakil kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur memberi isyarat bahawa kes kehilangan pesawat MH370 tidak menjejaskan lawatan presidennya, Barack Obama ke wilayah ini pada bulan April.

Atase Akhbar Kedutaan AS Harvey Sernovitz berkata tarikh bagi jadual lawatan yang turut meliputi Malaysia itu bagaimanapun masih belum ditetapkan.

“Seperti yang White House nyatakan bulan lalu, Presiden akan melawat Malaysia sebagai sebahagian dari kunjungan ke empat negara di Asia pada penghujung April.

“Tarikh sebenar dan jadualnya masih belum diperolehi buat masa ini,” kata Sernovitz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini .

Obama dijadualkan melawat Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina pada bulan depan.

Sernovitz berkata demikian ketika ditanya sekiranya Obama akan menangguhkan lawatannya susulan perkembangan yang berlaku dalam kes pesawat Malaysia Airlines itu, yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

AS turut membantu operasi mencari dan menyelamat besar-besaran itu.

Tiga warganya disahkan menaiki penerbangan tersebut, eksekutif IBM Phil Wood, dan dua orang kanak-kanak - Nicole Meng, 4, dan Yan Zhang, 2.

[Baca berita penuh]

ADS