Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Malaysia sedang bekerjasama dengan Sweden untuk menganugerahkan status diplomatik kepada pegawai Tourism Malaysia, yang akan memberikan mereka imuniti daripada pendakwaan kes.

Ia berikutan kes pasangan Malaysia yang didakwa melakukan penderaan ke atas anak-anak mereka di negara itu.

Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainudddin berkata demikian ketika menjawab soalan Annuar Musa (BN-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat pagi ini.

Bukan semua pegawai pelancongan Malaysia diberikan status diplomatik, kerana ia bergantung kepada negara-negara berkenaan, katanya.

Sebagai contoh, Azizul Raheem - bapa kanak-kanak - telah diberikan status diplomatik di Afrika Selatan, tetapi tidak di Sweden. [Berita penuh menyusul]

Sementara itu, mengulas mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi membantu pegawai diplomatik dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara sekiranya terbabit dengan kes perundangan, Bernama melaporkan Hamzah berkata pegawai konsular di perwakilan Malaysia di luar negeri akan memberikan bantuan konsular.

    

Antara langkah dan bantuan konsular yang diberikan ialah bertemu pegawai berkenaan untuk mengetahui kedudukan kes dan sekiranya kes itu boleh diselesaikan di peringkat awal, maka urusan dengan pihak berkuasa tempatan akan dilakukan bagi membebaskan pegawai itu.

    

"Lawatan konsular dalam bentuk membekalkan keperluan pegawai serta pertemuan dengan pegawai dan peguam bela akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat dan nasihat mengenai perundangan negara berkenaan bagi memastikan hak pegawai terjamin," katanya.

ADS