Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco kecam 'kejar untung' dalam FMFA
Diterbitkan:  Mar 20, 2014 3:29 PM
Dikemaskini: 11:32 AM

Kerajaan Selangor mengecam penganjuran konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Kuala Lumpur pada 14 lalu yang dicemari penggunaan dadah sehingga menyebabkan kematian.

“Saya kini amat takut untuk memikirkan bagaimana keadaannya belia Malaysia pada masa yang akan datang dapat melepaskan diri daripada kongkongan budaya nafsu yang meliar kepada budaya hidup yang sihat yang tenang, sekiranya pihak kerajaan persekutuan masih lagi menggunakan kaedah 'matlamat menghalalkan cara' dalam mencari keuntungan dunia,” kata exco belia dan sukan negeri.

Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, beliau juga kesal apabila terdapat menteri kabinet yang tidak tersentuh hati mereka dengan kerosakan moral yang berlaku.

Malah, tambahnya, mereka turut memberikan “saham” kepada kehancuran jati diri belia Malaysia dengan memberikan kelulusan dan kerjasama terhadap penganjuran “konsert liar” itu.

Awal pagi Sabtu lepas, enam warga tempatan termasuk tiga wanita, maut akibat mengambil dadah ketika menonton konsert berkenaan di Stadium Bukit Jalil. Mereka berumur antara 19 dan 28 tahun.

Seramai sembilan individu yang dimasukkan ke hospital akibat penyalahgunaan dadah semasa konsert FFMA dilapor dibenarkan keluar semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Yunus juga menggesa kerajaan Persekutuan menghentikan segala program berbentuk hiburan keseronokan semata-mata dan mencontohi pentadbiran tiga negeri Pakatan.

ADS