Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Nasib MH370 yang tidak dapat dijelaskan, telah menarik perhatian terhadap beberapa teknologi satelit yang akan memudahkan pihak berkuasa pada masa depan untuk mengesan dan berkomunikasi dengan pesawat di kawasan perairan dan tempat yang tidak didiami.

MH370 hilang dari skrin radar pada 8 Mac bersama 239 orang di dalamnya. Penyiasat percaya ia kemungkinan besar ia terbang ke selatan Lautan Hindi.

Sistem baru sedang dibangunkan oleh pasukan Eropah dan Amerika Utara untuk membolehkan pengesan lebih tepat lokasi dan laluan penerbangan laluan.

Ini akan menggunakan sensor berasaskan satelit dan bukan radar untuk menerima isyarat yang mengandungi lokasi dan halaju data automatik dihantar setiap saat dari pesawat.

Pada masa ini, maklumat mengenai lokasi pesawat boleh dikesan oleh radar di daratan, yang tiada liputan di lautan atau kawasan pedalaman, atau ia boleh digabungkan dengan peralatan komunikasi satelit atas kapal yang memerlukan tindakan juruterbang dan syarikat penerbangan yang banyak kekangan bajet, membayarnya.

Walaupun isyarat automatik mengenai lokasi pesawat masih boleh dimatikan, sebagaimana yang boleh berlaku dalam kes kehilangan MH370, sensor satelit baru masih boleh membantu usaha mencari dan menyelamat serta membantu syarikat penerbangan menjimatkan bahan api.

Aireon , sebuah syarikat usahasama antara pengendali satelit AS Iridium, perkhidmatan navigasi udara Kanada dan tiga pihak berkuasa kawalan trafik udara Eropah - berkata ia akan menyediakan satu sistem pengawasan trafik ruang udara global berasaskan ruang, mulai 2018.

Pusat Aeroangkasa Jerman (DLR) juga sedang mengusahakan satu projek dengan firma satelit SES yang berpangkalan di Luxembourg dan kumpulan elektronik ruang udara, Thales Alenia dari Jerman, satu usahasama antara Thales dan Finmeccanica.

Tony Tyler, ketua persatuan penerbangan global IATA berkata, usaha mencari pesawat 370 akan memacukan lagi minat berkaitan penyelesaian bar ituu.

"Ia sesuatu yang luar biasa yang dengan semua teknologi yang kami ada. sebuah pesawat boleh hilang seperti ini," katanya kepada pemberita di London minggu lepas.

"Sudah tentu saya rasa ia akan mencetuskan keinginan untuk melihat bagaimana kita boleh mengelakkan ini daripada berlaku lagi," tambahnya.

Pada masa ini, hanya 10 peratus daripada permukaan bumi mempunyai infrastruktur radar, tetapi tiada liputannya di kwasan seperti wilayah tertentu di Australia, padang pasir atau lautan.

[Baca berita penuh]

ADS