Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penduduk Kajang hari ini mendapati beberapa masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pagi ini ditampal dengan pelekat DAP.

Pengarah Pilihan Raya PKR untuk Kajang Zuraida Kamaruddin berkata, selain empat rumah ibadat itu, premis dermawan terkenal Ujang Bagong di Sg Kantan, Saujana Impian dan Kajang Baru mengalami nasib sama.

Menafikan ia perbuatan petugas Pakatan Rakyat, Zuraida menyifatkan perkara itu sebagai provokasi terhadap Melayu dengan cuba menggambarkan PKR dikawal oleh DAP.

“Pengundi mengambil gambar insiden itu dan hantar kepada kami pagi ini dan kami segera hantar petugas untuk bersihkannya, tetapi sudah tentu sukar kerana ia ditampal dengan pelekat.

“Saya ingin beritahu BN, jika mereka ingin kalah, kalahlah dengan bermaruah. Ini satu langkah terdesak.”

[Baca berita penuh]

ADS