Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak mungkin, kata waris keluarga penumpang
Diterbitkan:  Mar 25, 2014 10:45 AM
Dikemaskini: 5:57 AM

Waris kepada para penumpang penerbangan MH370 warga China meraung, menangis dan rebah ke tanah pada malam tadi, sebaik perdana menteri Malaysia mengumumkan bahawa penerbangan pesawat berkenaan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Anggota keluarga itu meraung dan menangis apabila mendengar berita tersebut, dan ada di antaranya yang rebah ke lantai.

Seorang daripadanya, seorang wanita meraung: “Tidak mungkin! Tidak mungkin!,” sebelum rebah ke lantai.

Menurut Reuters , sekurang-kurangnya empat orang tidak dapat menahan emosi dan terpaksa diusung keluar dari ruang dewan di hotel.

Ada pula di antaranya yang memaharahi wartawan.

"Ada perkara disembunyikan! Ada perkara disembunyikan!," laung seorang lagi.

Waris yang lain dilihat menghadapi kesukaran untuk menerima kenyataan tersebut.

“Saya mahu beritahu wartawan... maklumat yang mereka hantar... itu tidak betul!,” kata seorang wanita.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam tadi mengumumkan bahwa analisis data satelit menunjukkan kedudukan terarkhid pesawat tersebut di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

[Baca berita penuh]

ADS