Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

"Saya berdiri di sini bukan sahaja sebagai CEO Malaysia Airlines, tapi juga sebagai seorang bapa, seorang abang dan seorang anak.

"Teruskan hidup.” Itulah rayuan Malaysia Airlinesa kepada anggota kelurga kepada penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 yang dirumuskan berakhir di Lautan Hindi.

Ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahaya berkata demikian ketika membacakan satu kenyataan penuh takzim dalam satu sidang media hari ini.

"Saya berdiri di sini bukan sahaja sebagai CEO Malaysia Airlines, tapi juga sebagai seorang bapa, seorang abang dan seorang anak.

"Kita semua berasa sangat duka dan sengsara. Duka kerana semua yang menaiki Penerbangan MH370 pada hari Sabtu, 8 Mac tidak akan menemui keluarga masing-masing lagi.

"Dan keluarga mereka kini harus meneruskan hidup tanpa orang kesayangan mereka,” katanya kepada wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]

ADS