Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sedang krisis MH370 berterusan, sedar tidak sedar, sokongan terhadap Pemangku Menteri Pengakutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein bertambah di media sosial.

Hishamuddin yang juga menteri pertahanan mengadakan sidang media setiap hari, kecuali pada 23 Mac lalu, berkenaan isu itu sejak hari pertama krisis yang masuk hari ke-19 hari ini.

Beliau biasanya ditemani Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media harian yang dipancarkan langsung termasuk sesi soal jawab.

Sokongan ini hadir tatkala cara pengendalian krisis ini hebat dikritik dan hanya kadang kala dipuji media, sementara keluarga penumpang dari China menuduh kerajaan 'membunuh' dan 'menutup' cerita sebenar.

Di bawah ialah antara tweet dan komen Facebook yang ditujukan kepada Hishamuddin dalam tempoh beberapa hari ini:

Farah Meor (Facebook)

Datuk Seri, anda kelihatan dan kedengaran amat sedih semasa sidang media. Saya tahu ia payah. Tolong tahu bahawa rakyat Malaysia tulen ada di sini menyokong anda dan pasukan pencari dan penyelamat.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali @AzminAli

Saya mahu berterima kasih kepada Hishamuddin dan semua pegawai yang bekerja keras dalam operasi mencari dan menyelamat. Ia tanggungjawab yang berat...

Hishamuddin, bulan-bulan mendatang akan amat menguji. Jadi lebih kuat dan fokus.

@caskonakaro

Sebelum ini saya banyak mengkritik Hishamuddin. Tetapi dalam isu #MH370 ini, beliau tidak berputus asa. Bagi saya ia tindakan negarawan tulen.

Bill McIntyre (pos Facebook)

Anda lawak menerima setia kredit di atas cara mengendalikan situasi yang amat sukar ini dengan cara yang amat profesional. Tahniah, tuan.

@mathuraiveran

Datuk Seri Hishamuddin tenang dalam menjawab soalan demi soalan dari media. Bukan senang nak jaga juga kementerian. Kerja yang baik.

Ada menteri yang hanya ada satu portfolio tetapi hanya senyum dan lari dari tanggungjawab mereka. Mereka hanya mahu glamour .

Haryani Mohd Saleh @haryanimsl

Terima kasih Datuk Seri Hishamuddin dan pasukan atas segala usaha. Saya bercakap secara peribadi dengan salah seorang anggota keluarga (penumpang MH370) dan mereka menyampaikan ucapan terima kasih.

ADS