Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Luar Datuk Datuk Seri Anifah Aman menafikan laporan yang menyebut Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin memungkiri janji untuk bertemu keluarga penumpang penerbangan MH370.

Hal ini dikatakan punca protes dan perarakan kepada kedutaan Malaysia di Beijing semalam.

"Ia tak benar," jawab Anifah ringkas menerusi SMS kepada Malaysiakini dalam respon laporan terhadap akhbar harian UK, The Guardian .

Beliau bagaimanapun tidak mahu menjawab apabila ditanya apakah Iskandar tidak menghadiri pertemuan itu atau ia telah diubah tarikhnya atas sebab-sebab lain.

Dalam perkembangan sama, Malaysia Airlines (MAS) menegaskan pasukan mereka tiba ke Hotel Lido di Beijing di mana waris penumpang ditempatkan bagi memberi taklimat tetapi diberitahu polis China untuk pulang.

"Apabila pasukan kami di Beijing tiba di hotel pada malam Isnin untuk menonton pengumuman PM bersama keluarga penumpang, kami diminta beredar oleh pihak berkuasa atas faktor keselamatan. Sama seperti semalam," kata jurucakap MAS kepada KiniTV.

The Guardian melaporkan semalam, seorang penunjuk perasaan berkata, perkara terakhir ialah kegagalan duta ke China hadir pada pertemuan pagi Selasa yang dijanjikan bersama keluarga penumpang.

Laporan itu menyatakan kemarahan di kalangan ahli keluarga di China bertambah sejak 19 hari lalu kerana kurangnya maklumat dari MAS dan kerajaan Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS