Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP berdiri teguh di belakang pemimpin veterannya, Karpal Singh, yang baru melepaskan jawatan pengerusi kebangsaan parti itu, sementara menunggu rayuannya terhadap sabitan bagi tuduhan menghasut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata bahawa ia bukan penghujung jalan bagi Karpal, seperti tanggapan sesetengah pihak.

Katanya, parti itu amat "sedih" dengan keputusan Karpal itu tetapi

terpaksa berbuat demikian oleh undang-undang.

"Kami menunggu kepulangannya. Kami mendoakan yang terbaik dan bersedia menghadapi jika sebaliknya," kata Lim di Pulau Pinang hari ini.

Menurutnya, parti itu telah membincangkan perkara itu untuk beberapa ketika dan menghormati keputusan Karpal itu.

"Beliau seorang peguam dan beliau tahu apa yang dilakukannya," kata Lim yang juga ahli Parlimen Bagan.

"Kami tidak ada pilihan tetapi perlu mematuhi undang-undang walaupun kita tidak bersetuju dengannya," kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Lim berkata parti itu tidak bersedia untuk membenarkan Karpal meletak jawatan tetapi beliau telah menyuarakan pandangannya bahawa beliau akan merayu pengecualian daripada Pendaftar Pertubuhan untuk mengekalkan jawatannya.

Ini ekoran tindakan DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap ROS kerana didakwa melakkukan penganiayaan berterusan terhadap parti itu, kata Lim.

Bagaimanapun, tambah Lim, satu cadangan akan dibuat kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) untuk menyediakan satu jawatan untuk Karpal apabila dia kembali nanti.

"Sekarang beliau telah meletak jawatan sebagai pengerusi dan jawatan dalam CEC, maka beliau tidak boleh menghadiri sebarang mesyuarat," kata Lim.

"Tetapi saya akan mencadangkan dan saya pasti ia akan dipersetujui sebulat suara supaya kita menyimpan satu jawatan dalam CEC untuk Karpal apabila beliau kembali nanti," tambah Lim.

"Jika dia berjaya dalam rayuannya, Karpal akan kembali semula menjadi pengerusi," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS