Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam menemui pengarang media berbahasa Cina untuk mendapatkan pandangan berhubung persepsi negatif dan kritikan dari media China dan antarabangsa.

Ahmad Shabery berkata, kerajaan meminta pandangan untuk menangani isu berhubung warga China yang dipengaruhi oleh dakwaan tidak berasas berhubung kemalangan pesawat MH370.

Ia termasuk dakwaan bahawa Malaysia tidak berusaha sebaik mungkin dan menyembunyikan maklumat berhubung penumpang yang hilang dan juga teori konspirasi yang muncul.

Tambahnya media berbahasa Cina tempatan memahami perkembangan di China.

Menurut menteri terbabit, maklum balas menunjukkan bahawa soalan dalam bahasa Melayu dalam sidang media juga membuatkan media China tertanya-tanya jika Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu.

Kerajaan juga digesa untuk bertemu dengan media China dalam sesi berasingan dari sidang media harian, katanya.

“Saya terbuka dalam hal ini,” katanya selepas pertemuan selama satu jam setengah bersama wakil media berbahasa Cina tempatan semalam.

Katanya, ada di kalangan pemberita juga kurang pemahaman mengenai teknologi penerbangan dan satelit.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery berkata beliau berpuas hati dengan laporan media berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina tempatan yang menurutnya membantu menyatukan negara melalui liputan mereka.

"Untuk media tempata, itu bergantung... mereka cuba tunjukkan bahawa mereka seimbang, tapi kadang-kadang mereka agak tidak baik dari segi menyokong seluruh pasukan.

“Tapi kita faham, kita tidak mengharapkan semua orang untuk memuji kita,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS