Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata waris penumpang dari negara selain China tidak mengadu mengenai masalah mendapatkan maklumat berhubung operasi pencarian MH370.

“Saya bertanya kepada wakil Indonesia mengenai keluarga tujuh penumpang Indonesia dan sama ada terdapat masalah mengenai maklumat dan jawapan yang diberi kepada saya ialah 'tidak',” katanya.

Tambahnya, beliau turut bertemu keluarga kepada warga lain yang menaiki pesawat tersebut dan mendapati mereka tidak mengahapi masalah besar.

Katanya lagi, hanya keluarga penumpang China yang meminta jaminan bahawa Malaysia akan terus mencari MH370 dan penumpang yang terselamat.

“Ini adalah pemintaan yang munasabah dan saya berbincang dengan mereka. Sebahagian besar keluarga ini bertimbang rasa.

"Ada juga yang berpendapat sebaliknya, ini usaha berterusan dan kami akan terus berbincang dengan mereka,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS