Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

MP DAP Sabah membangkitkan semula tuntutan kepada kerajaan untuk menarik balik kad pengenalan yang diberikan kepada semua warga Sabah dan mengeluarkan dokumen baru.

MP Kota Kinabalu Jimmy Wong dan MP Sandakan Stephen Wong membangkitkan perkara itu hari ini susulan kejadian penculikan malam tadi membabitkan seorang pekerja Filipina dan pelancong China di Semporna.

 

Mereka turut menyifatkan Pasukan Gerakan Khas Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) sebagai “tidak berguna” dan “tidak efektif” dalam menghalang kejadian seperti itu di pantai timur Sabah.

MP berkenaan membangkitkan bahawa tiga lagi kejadian – dua penculikan nelayan masing-masing pada April dan November, dan juga penculikan pelancong Taiwan di Pulau Pom Pom – menyebabkan satu kematian.

"Sabah diceroboh orang aasing. Sebab itu Esscom tidak efektif”.

"Esscom sepatutnya menumpukan perkara ini dan kerajaan persekutuan sepatututnya mengeluarkan semula semula kad pengenalan kami,” katanya dalam satu sidang media di bangunan parlimen.

Dalam kenyataan mereka, kedua-dua MP berkenaan turut mempersoalkan peruntukan jutaan ringgit kepada Esscom, sedangkan pasukan tersebut masih gagal memberi jaminan keselamatan di zon berkenaan.

Laporan media media menyebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Esscom.

Pasukan itu seterusnya diperuntukkan RM75 bilion dalam belanjawan 2014 dengan RM11 juta untuk penambahbaikan infrastruktur untuk 62 tempat pemeriksaan.

"Ia amat memalukan negara dan sebagai rakyat Sabah... Kami percaya insiden ini memberikan kesan yang amat serius kepada Sabah dan pelancongan Malaysia.

"Ironinya, Esscom secara rasmi menyambut ulangtahun pertama pada 1 April tahun ini.

"Bagaimanapun, kami berasa sedih mengatahui bahawa Esscom tidak berfungsi sekalipun dibentuk setahun lalu," kenyataan itu dipetik.

ADS