Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PP beri diskaun surcaj air untuk keluarga besar

Cadangan Pulau Pinang untuk menaikan tarif air bagi menangani pembaziran mencetuskan kebimbangan sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, beliau maklum tentang kebimbangan orang ramai berhubung kenaikan tarif air yang membebankan keluarga dengan bilangan anggota yang ramai.

Kenaikan itu sebahagiannya adalah kerana mereka terpaksa menanggung bayaran surcaj pemuliharaan air (WCS).

"Saya akan cadangkan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) supaya keluarga yang mempunyai lapan atau lebih ahli keluarga, diberikan diskaun 60 peratus ke atas WCS bermula 1 Mei," katanya pada sidang akhbar.

"Keluarga-keluarga besar ini perlu ke PBAPP dan menunjukkan kad pengenalan setiap penghuni rumah bagi memenuhi syarat untuk menikmati diskaun ini," katanya.

"Ini adalah usaha kami untuk mengurangkan beban keluarga besar," katanya.

Pengurus Besar PBAPP Jaseni Maidinsa berkata hanya 28 peratus daripada pengguna domestik dikenakan caj WCS.

[Baca berita penuh]

ADS