Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Mohon AG pulang Bible tak munasabah'
Diterbitkan:  Apr 4, 2014 7:00 PM
Dikemaskini: Apr 5, 2014 12:54 AM

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) berpendapat cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya Persatuan Bible Malaysia (BSM) menulis sendiri surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk mendapatkan kembali salinan Alkitab yang disita oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah "tidak boleh diterima".

Menurut CFM, tidak munasabah apabila JAIS merampas Bible berbahasa Melayu itu tetapi pemulangannya hanya boleh dilakukan dengan kebenaran dan kuasa peguam negara.

"Selain lari daripada tanggungjawab, tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima," kata Pengerusi CFM, Reverend Eu Hong Seng dalam satu kenyataan hari ini.

"Kerajaan negeri Selangor mempunyai kuasa bertindak dalam perkara ini dan tidak  boleh mengelak daripada tanggungjawabnya," katanya.

Kenyataan itu dibuatnya selepas Abdul Khalid mengarahkan BSM menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan semula 300 naskhah Bible berbahasa Melayu dan Iban dikenali sebagai 'Alkitab' yang disita JAIS pada bulan Januari.

Eu berkata respon kerajaan negeri itu "mengecewakan" dan muncul sebagai satu cubaan "mencuci tangan" oleh Selangor dalam perkara itu.

[Baca berita penuh]

ADS