Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CEO: kehilangan 'melampaui keraguan munasabah'

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) berkata hari ini bahawa peranan syarikat penerbangan itu adalah untuk menjaga keluarga penumpang pesawatnya yang hilang dan mengekang pengiklanannya sebagai menghormati kesejahteraan mereka.

MAS dan pihak berkuasa Malaysia berdepan dengan kritikan hebat, terutamanya dari China, kerana didakwa tidak mengendalikan dengan baik usaha mencari pesawat itu dan juga didakwa menyimpan maklumat. Kebanyakan daripada 239 penumpang penerbangan MH370 yang hilang itu adalah rakyat China.

CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata kehilangan pesawat itu

"melampaui keraguan munasabah".

Pada hari Isnin masuk 30 hari pesawat itu hilang komunikasi dan hilang dari radar awam.

"Peranan kami pada dasarnya adalah untuk menjaga keperluan keluarga dan saudara-mara penumpang," katanya kepada Reuters, sambil menambah semua usaha telah diambil untuk memastikan "kesihatan emosi dan kewangan" mereka.

Tetapi katanya, beliau memahami kekecewaan keluarga terbabit.

"Kekurangan jawapan tidak memberi keselesaan kepada sesiapa sahaja, terutamanya bagi para keluarga. Keluarga mahu jawapan. Kadang-kadang, jawapan itu adalah sesuatu yang kita tidak dapat berikan."

MAS menyalurkan bantuan awal kewangan sebanyak US$5,000 kepada setiap waris terdekat penumpang dan menempatkan mereka di hotel di Kuala Lumpur dan Beijing, tetapi ia telah menjadi sasaran protes marah di China.

Empat minggu selepas kehilangan pesawat itu, operasi mencarinya yang paling intensif dilancarkan di selatan Lautan Hindi untuk cuba mencari kotak hitam pesawat sebelum habis kuasa baterinya.

Fokus pada juruterbang

Sehingga 10 pesawat tentera, tiga jet awam dan 11 kapal menyertai operasi mencari di kawasan seluas 217,000km persegi di lautan sepi di barat laut Perth di mana pasukan penyiasat percaya penerbangan pesawat itu berakhir pada 8 Mac.

Ahmad Jauhari berkata kehilangan pesawat akan memberi kesan kepada keuntungan syarikat penerbangan itu tetapi beliau tidak memberikan maklumat lanjut.

MAS, syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia Tenggara di segi nilai pasaran, sudah pun mengalami kerugian sebelum kejadian itu. Pada tahun 2013 ia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM1.17 bilion - kerugian bersih tahunan ketiga berturut-turut.

[Baca berita penuh]

ADS