Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan hari ini bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) banyak menyalahkan syarikat penerbangan AirAsia bagi peningkatan kos untuk projek KLIA2.

Pengerusnya PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu wartawan hari ini bahawa jawatankuasa itu akan mendapatkan maklum balas AirAsia berhubung tuduhan berkenaan.

“MAHB berkata AirAsia merupakan sebab utama dari segi peningkatan kos, jadi kita mahu tanya AirAsia mengapa (ia) minta lapangan terbang dan landasan lebih besar dan sebagainya.

“MAHB berkata ia boleh membinanya dengan kos RM2 bilion tatapi ia tidak akan menjadi sebesar sekarang,” kata Nur Jazlan.

Katanya AirAsia akan memberi keterangan kepada PAC pada 28 April untuk membolehkan jawatankuasa itu mengemukakan laporan seimbang berhubung isu KLIA2.

Nur Jazlan berkata, AirAsia perlu berpindah ke KLIA2 pada 9 Mei apabila LCCT ditutup.

“MAHB berkata mereka sudah menerima sijil pematuhan... Kami juga diberitahu oleh MAHB bahawa keretakan (di landasan) sudah diperbaiki,” katanya lagi.

[Baca berita penuh]

ADS