Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibu Hindu menangi hak penjagaan dari bapa Islam

Mahkamah Tinggi Seremban memberikan hak penjagaan dua kanak-kanak kepada ibu mereka yang beragama Hindu selepas diislamkan bapa mereka tanpa persetujuan pasangannya.

Hakim Zabariah Mohd Yusof menyampaikan keputusan yang memihak kepada S Deepa, 30, dalam kamar.

Si ibu memfailkan perceraian dan hak penjagaan anak-anak beliau pada Disember lalu.

Bagaimanapun, Deepa ( kanan ) perlu meneruskan kes berasingan untuk membatalkan penukaran agama anak lelaki dan anak perempuannya, yang berumur enam dan sembilan tahun itu.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu sekali gus mengesampingkan keputusan Mahkamah Syariah sebelum ini yang memberikan hak penjagaan anak-anak kepada bapa mereka, N Viran @ Izwan Abdullah.

Hakim memutuskan perkara itu berdasarkan Seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Perkahwinan pada tahun 2004 antara Deepa dan IZwan berlangsung mengikut undang-undang sivil.

Peguam Izwan, Muhammad Faiz Fadzil berkata, mereka akan mengemukakan rayuan berhubung kes itu di Mahkamah Rayuan.

[Baca berita penuh]

ADS