Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota Dewan Rakyat hari ini bertengkar sesama sendiri dalam Bahasa Inggeris, seolah-olah bagi mendapatkan perhatian anggota Parlimen Australia yang melawat Parlimen hari ini.

Membahaskan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014, Azmin Ali (PKR-Gombak) mencetuskan kekecohan apabila menyindir dalam Bahasa Inggeris bahawa kerajaan BN hanya mendapat sokongan 47 peratus undi popular.

“Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan delegasi Australia hari ini untuk memerhatikan perbahasan berkaitan GST, yang diperkenal oleh kerajaan BN yang hanya mempunyai sokongan 47 peratus undi,” kata Azmin.

Kata-kata itu mendorong Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) bangun membalas.

Sambil berterima kasih terhadap bantuan Australia dalam pencarian MH370, Jamaluddin juga memaklumkan beliau juga terlibat dalam lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

“Jangan terlibat dengan politik remeh,” kata Jamaluddin, memanaskan lagi keadaan di kedua-dua pihak.

Kedua-dua pihak Azmin dan Jamaluddin ( kanan ) terus bercakap dalam Bahasa Inggeris sehinggalah timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee campur tangan.

“Tiada keperluan untuk bercakap dalam bahasa orang putih,” kata Ronald.

Untuk itu, Azmin menjawab, dalam Bahasa Inggeris: “Kamu beritahu saya jangan cakap Bahasa Inggeris. Oleh itu saya akan cakap dalam Bahasa Malaysia.”

[Baca berita penuh]

ADS