Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Hakim menghadapi pelbagai cabaran ketika menjalankan tugas, tidak terkecuali yang melibatkan amalan permohonan.

MP Setiu Che Mohd Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) hari ini mendedahkan, beliau sendiri pernah berdepan pelbagai campur tangan daripada bomoh ketika berkhidmat sebagai hakim mahkamah sesyen suatu ketika dulu.

Katanya, beliau pernah mendapati terdapat beras kuning bertaburan di depan pintu mencium bau colok ketika di mahkamah

“Saya hendak beritahu sebab bomoh bukan hanya berada di KLIA,” katanya berseloroh, merujuk kepada “Raja Bomoh” ( kanan ) yang mencuri perhatian ramai kerana cuba menjejaki MH370 di lapangan terbang dengan gayanya yang tersendiri.

Membahaskan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan), Zulkifly berkata, tindakan orang awam memenuhi galeri awam juga memberi cabaran kepada hakim.

Ia, katanya seperti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila penyokong berkumpul di mahkamah sejak awal Subuh lagi.

Rang undang-undang itu yang dibacakan untuk kali kedua mencetuskan debat berhubung kebebasan badan kehakiman di Dewan Rakyat.

[Baca berita penuh]

ADS