Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Pulau Pinang digesa membentuk pasukan petugas bagi meneliti dakwaan sebuah NGO bahawa sekurang-kurangnya 200 premis menawarkan perkhidmatan seks di George Town dan Butterworth.

Gesaan itu dibuat oleh The Episcopal Commission for Migrants and Itinerants in Malaysia, Singapore and Brunei yang mahukan penyelesaian segera terhadap masalah itu.

“Semua pihak patut bekerjasama menangani isu ini,” kata Sudhagaran Stanley ( kiri ) yang mengetuai suruhanjaya itu.

Beliau mencadangkan pasukan itu melibatkan penyertaan polis, jabatan imigresen dan pihak berkepentingan.

Pasukan itu juga, tambahnya, patut merangka rancangan setahun untuk membebaskan Pulai Pinang daripada aktiviti pemerdagangan manusia.

“Ia tidak mustahil jika semua pihak jujur menjalankan tugas dan bersatu padu bagi melindungi mangsa dan menjejak organisasi jenayah secara menyeluruh,” katanya.

“Pegawai polis yang didapati ada kaitan dengan organisasi jenayah patut dipecat dan didakwa di mahkamah.”

[Baca berita penuh]

ADS