Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa peguam negara tidak kebal daripada menghadapi tindakan undang-undang.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera berkata demikian ketika menolak permohonan peguam negara untuk mengetepikan saman oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff dan peguamnya Rosli Dahlan.

Vazeer berkata, penyalahgunaan kuasa dengan sengaja oleh pihak yang menguasai pejabat kerajaan adalah salah dan misfeasance.

“Ini selaras dengan perkembangan perundangan moden bahawa kekebalan mutlak kepada penjawat awam tiada tempat dalam masyarakat demokratik yang progresif,” katanya.

Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan dua pegawai di Jabatan Peguam Negara dinamakan dalam saman Ramli dan Rosli itu.

Ketiga-tiga pihak itu cuba mengetepikan saman itu atas alasan penjawat awam seharusnya kebal kepada tindakan itu ekoran kuasa pendakwaan mereka.

[Baca berita penuh]

ADS